Visit my Shop

Send me an email:
yourname@yourdomain.com

Etsy Icon Twitter Icon Facebook Icon

Perniagaan Internet-Mencari Software atau produk percuma

Soalan ini adalah soalan paling kerap ditanya. Ada juga yang ingin memulakan perniagaan internet yang tidak memerlukan modal tetapi mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Ada juga yang mahukan mereka belajar dulu dan mendapat software secara percuma kemudian baru membeli produk tersebut.

Saya juga mengharap perkara ini terjadi dan dapat memudahkan sesiapa sahaja memulakan perniagaan secara percuma. Tetapi malangnya tiada sesiapa pun di dunia ini yang mahu produk mereka dipasarkan secara percuma.

Cuba fikirkan..

Jika sesiapa memberikan anda kursus, peralatan, pengajaran dan software secara percuma, bagaimana mereka boleh bertahan dalam industri perniagaan internet? Mereka telah menghabiskan ratusan malah yang ribuan untuk pembangunan, menyatukan ilmu-ilmu yang diperoleh, membina software dan peralatan. Ada juga diantara mereka yang menggajikan pekerja untuk membantu dan melayan pelanggan. Mereka harus membayar pejabat, bil-bil, servis seperti Autoresponder, Server dan Hosting dan bermacam lagi.

Jika ini berlaku kepada anda, adakah anda mahu memberi kemudahan seperti produk dan servis secara percuma sedangkan anda perlu membayar ribuan ringgit untuk menghasilkan dan mengekalkan servis-servis tersebut..? Ya betul, anda juga tidak mahu bukan..?

Jika anda ragu untuk mengeluarkan sedikit modal, anda harus memikirkan tentang beberapa perkara. Untuk memulakan perniagaan internet, perkara pertama yang anda perlu fikirkan adalah ILMU PENGETAHUAN. Jadi, ilmu apa yang anda perlukan? Ya, anda perlu tahu bagaimana hendak memulakan,apa yang perlu anda lakukan, mengapa anda melakukan, bila hendak memulakan dan sebagainya.

Anda harus ingat, apapun perniagaan memerlukan modal untuk menjana keuntungan. Jika anda mahu memulakan perniagaan internet dengan tiada modal, apa yang perlu anda lakukan..?

Oleh sebab itu anda memerlukan sedikit modal untuk mendapatkan ilmu bagaimana untuk memulakan perniagaan.

======================================================
Saya adalah ahli dalam komuniti perniagaan internet. Jika anda mahu menjana pendapatan internet, anda boleh menyertai saya di sini..
======================================================