Anda disarankan mempunyai akaun PAYPAL. Bila kita menjalankan perniagaan di internet, prospek atau pelanggan kita bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Masalah tukaran wang asing juga akan menjadi masaalah dan yang paling penting, tahap keselamatan di Paypal adalah tinggi. Klik di sini untuk menonton video tentang cara untuk mendaftar. Video Paypal.
Saya berikan anda tips untuk memudahkan pendaftaran :-
1) Daftar dalam akaun PRIMIER
2) Jika anda tiada kad kredit, anda boleh gunakan kad debit.
3) Isikan juga data-data tentang bank yang akan anda gunakan.
4) Paypal akan meminta 4 no sekuriti yang akan diberikan ke dalam bank anda. Tunggu 2-5 hari waktu bekerja untuk anda dapatkan no tersebut.
5) Paypal akan meminta dokumen-dokumen penting untuk langkah-langkah keselamatan. Paypal memerlukan alamat surat menyurat yang sah. anda perlu menyediakan kad pengenalan, lesen memandu, dokumen penting seperti penyata bank, bil-bil utiliti seperti bil
elektrik, air, talifon (tm/celcom/maxis/digi). Scan dokumen tersebut kemudian paste kan di 'Resolution Center' website paypal.
PENTING : PASTIKAN SEMUA DOKUMEN-DOKUMEN TERSEBUT MEMPUNYAI NAMA DAN ALAMAT YANG SAMA. JIKA TIDAK, DOKUMEN- DOKUMEN TERSEBUT TIDAK DITERIMA.
Apabila selesai semua yang diatas, paypal akan mengesahkan melalui email.
www.paypal.com